Hukum meletupkan jari/mematah patahkan jari( تَفْقِيع الأصابع) ketika solat:
Dalam satu hadis riwayat ibnu majah di dalam sunannya:
Daripada saidina Ali kwj berkata,bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم
"لا تفقع أصابعك وأنت في الصلاة"
"Jangan kamu mematah matahkan jari tanganmu sedangkan kamu di dalam solat"
Maksud mematah matahkan jari ialah membunyikan dengan cara menarik atau menekan jari sehingga membuat tulang berbunyi
HUKUMNYA:
Adalah MAKRUH sesiapa yang sedang solat atau dalam perjalanan ke solat,ataupun dalam hal menunggu solat.
Sebab kemakruhanya disebutkan dalam ibarat kitab At Turmusi:
قيل أن تفقيع الأصابع من عمل قوم لوط،فيكره التشبه بهم
Dikatakan bahawa mematah matahkan jari adalah daripada amalan kaum Nabi Luth maka Maka makruh meyerupai mereka
Begitu juga di luar daripada solat perbuatan seperti ini adalah makruh hukumnya
Disebut dalam kitab Habib saad alydrus
أن مما يورث الفقر: تشبيك الأصابع و تفقيع الأصابع
"Daripada amalan yang menyebabkan seorang itu mewarisi kepapaan(kemiskinan) adalah kerana suka memital jari kedua tangan(mengeggam kedua tangan berserta jari) dan mematah matahkan jari"
Moga Allah jauhkan kita semua dari amalan Makruh.
http://t.me/ilmu_tareem
Tidak ada komentar:
Posting Komentar