اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا
Guru-guru kami sering mengingatkan kami supaya sentiasa bersedia dengan kedatangan Rabi'ul Awwal, kenapa? Sebab Rabi'ul Awwal adalah bulan kelahiran Nabi Muhammad ﷺ dan terdapat didalamnya pelbagai kebaikkan.
Seorang dari guru kami telah berpesan, kalau sesiapa diantara tholibul ilm tidak berjumpa dengan Rasulullah ﷺ pada bulan Rabi' ini maka dia bukanlah tholibul ilm yg sebenar Allahhu. (rezekikan kami Ya Rob untuk melihatnyaﷺ)
Diceritakan juga ada seorang wanita dari syria menangis teresak-esak dan ditanya "mengapa kamu menangis? Adakah ibu atau ayahmu meninggal atau ahli keluargamu yang meninggal" dijawab wanita solehah ini "tidak, aku sedih kerana aku sudah 3 malam tidak bermimpi bertemu baginda ﷺ"
Lalu ditanya lagi "adakah sebelum ini kamu melihat baginda setiap hari?" lalu wanita tersebut memberitahu beliau setiap harinya bertemu Rasulullah. MasyaAllah beruntungnya hati-hati mereka yang bersih dan terikat dengan mahabbah yang kuat kepada baginda Rasulullah ﷺ
Semoga Allah merezekikan kita untuk berjumpa Rasulullah dibulan Rabi' yang memdatang ini. Amin Allahhumma Amin.
http://t.me/ilmu_tareem
Tidak ada komentar:
Posting Komentar