DAKWAH BANJAR

Sebuah Media Informasi. | مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ, فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ |"Barangsiapa menunjukkan suatu kebaikan, maka ia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melakukannya."

Rabu, 12 Agustus 2020

BERSABARLAH, YANG ALLAH ﷻ SIMPAN LEBIH BAIK

 BERSABARLAH, YANG ALLAH ﷻ SIMPAN LEBIH BAIK


"Rasulullah ﷺ, memberitahu kepada mereka yang miskin, jika kamu tahu apa yang Allah ﷻ sediakan untuk kamu di akhirat, maka kamu akan mahu kekal dalam keadaan miskin.


Kenapa Nabi ﷺ, kata begitu?


Supaya apabila manusia menghadapi masalah, tidaklah mereka melihat pada masalah itu sahaja.


Rasulullah ﷺ, tidak mengajarkan kita cara untuk menghadapi masalah dalam kehidupan. Tetapi Baginda ﷺ, mengajarkan kita untuk melihat kebaikan di sebalik masalah tersebut.


Imam Ali Bin Muhammad Bin Husein Al Habsyi رحمة الله تعالى mengatakan :


Jika permintaan kamu terhadap Allah, belum tiba, maka hendaklah kamu rasa selesa kerana yang disimpan oleh Allah adalah lebih baik."


• Suntingan tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid | Darul Murtadza |

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

DAKWAH BANJAR | هذا من فضل ربي